Permohonan Online ePSH

Demo Image

eBorang

Kursus Pendek - Reskilling
MOHON!

Kolej Komuniti Klang

Kolej Komuniti telah ditubuhkan melalui Memorandum No. 398/2225/00 yang dikemukakan oleh Menteri Pendidikan kepada Jemaah Menteri pada 5 Julai 2000. 12 buah kolej komuniti rintis telah mula beroperasi pada tahun 2001. Pada tahun 2004, Kabinet telah bersetuju menjadikan kolej komuniti sebagai Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat.Kini terdapat sejumlah 81 kolej komuniti di seluruh negara di bawah seliaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK -http://www.jpkk.edu.my).

Kronologi Penubuhan Kolej Komuniti Klang 

Mei 2007

Semasa mesyuarat national implementation task force (nitf) pada 27 Jun 2006 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia bersetuju untuk melaksanakan penjenamaan semula kolej-kolej komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Penjenamaan semula kolej komunti menekankan 5 teras utama, salah satunya penubuhan kolej komuniti cawangan. Pada 21 Mei 2007 Kolej Komuniti Kuala Langat menerima surat kuasa bil. KPT/JPPKK/BPKK/100/26/9(14) dari Bahagian Pengurusan Kolej Komunti (BPKK).

Jun 2007

Setelah meneliti dan memastikan faktor-faktor pemilihan kolej komunti cawangan. Lokasi Kolej Komuniti Cawangan Klang di kenalpasti di Klang Entrepreneur’s Centre Persiaran Tengku Ampuan Rahimah Klang dan pemajunya ialah Wilayah Mawar Sdn. Bhd. Hasil perbincangan dengan pihak pemaju dapat dikenalpasti pemilik premisnya ialah Syarikat Ng Thian Hoo and Son.

Disember 2007

Memeterai perjanjian dengan pemilik premis. Perancangan pembangunan bermula, pengarah bersetuju bagi mewujudkan jawantankuasa pembangunan Kolej Komunti Cawangan Klang. Jawatankuasa tersebut terdiri dari En. Rosidi bin Yub sebagai Penyelaras Kolej Komuniti Cawangan, En. Rahizam bin Karim penyedia spesifikasi elektrik dan ICT, En. Amiruddin bin Mat sebagai penyedia pelan/hiasan dalaman dan En. Mohammed Ayob bin Ahmad sebagai penyedia Bill Of Quantity (BQ). Ahli Jawatankuasa juga telah menghasilkan schedule dan gant chart pembangunan kolej komunti cawangan.

Julai 2008

Pengambilan pertama pelajar bagi sesi Julai 2008 bermula, erolmen pertama 14 orang pelajar. Kursus pendek yang telah dijalankan yang meliputi iaitu ms word peserta 20 orang, kurus power point peserta 11 orang, kursus excel 36 orang dan ms publisher 11 keseluruhan peserta 208 orang.

Hubungi Kami

Demo Image

  • No Tel: 0333732030
  • No Faks: 0333732080
  • Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
  • Alamat: Kolej Komuniti Klang, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan
  • mohe
    MOHE
    Kementerian Pendidikan Tinggi
    www.mohe.gov.my
  • akept
    AKEPT
    Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi
    akept.mohe.gov.my
  • upu
    UPU
    Kemasukan Pelajar Pendidikan Tinggi
    upu.mohe.gov.my
  • jpkk
    JPKK
    Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
    www.jpkk.edu.my
  • hrmis
    HRMIS
    Sistem Pengurusan Sumber Manusia
    www.eghrmis.gov.my
  • esis
    eSIS
    Staff Information System
    www.esis.gov.my/esis2